Kamis, 24 Maret 2011

Sosok Wanita Sejati

Wanita ibarat bunga cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.  Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya, kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu.  Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya.  Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya. 
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka, walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah, Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah. Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih saying dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya. Islam tidak membedakan kedudukan atau darjat seseorang baik mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah Firman ALlah dalam surah an-Nisa, ayat 24 yang artinya

Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki maupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah. HR Muslim

Wanita Menurut Perspektif Islam
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajiban-kewajiban yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, yaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).
Allah telah berfirman, Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki maupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun. An-Nisaa : 124

Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang maksudnya :
Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya. HR At-Tirmidzi
Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang maksudnya.
Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu. Al-Bukhary dan Muslim

Terdapat perbedaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh diabaikan. Wanita secara fisiknya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu keteguhan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. 

Wanita menurut perspektif Islam adalah :
Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Ar Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan.
Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Ar Ruum : 21
Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri-isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu. An Nahl : 72

Wanita Tauladan.. Hayati kisah perjuangan mereka dalam mencari redha ILlahi


PRIBADI WANITA SOLEHAH
Solehah Wanita Sebagai Ibu

KEMULIAAN IBU DLM ISLAM
  1. 2 rakaat solat wanita yg hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil. Wanita yg hamil dpt pahala puasa disiang hari + pahala ibadat dimlm hari.
  2. Wanita yg bersalin dpt pahala 70 thn solat + puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  3. Sekiranya wanita meninggal dunia dlm masa 40 hari selepas bersalin ia disamakan sebagai mati syahid.
  4. Wanita yg memberi minum susu badannya kpd anaknya akan dpt 1 pahala drptiap titik susu yg diberikannya.
  5. Wanita yg beri minum susu badannya kpd anaknya yg menangis maka Allah beri pahala satu thn pahala solat + puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 thn maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  6. Seorang ibu yg menghabiskan masa mlmnya dgn tidur yg tidak nyenyak kerana menjaga anaknya yg sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 org hamba. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yg sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya, bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Kelebihan Wanita

Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian.Dan Dia telah menjadikan hambanya itu berpasang-pasangan. Lelaki dan  wanita yg saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd sebahagian yg lain. Kemuliaan manusia hanyalah dlm agama sejauh mana mereka dpt mentaati perintah Allah dengan cara Nabi s.a.w. Allah telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan. 

Syarat untuk wanita masuk syurga
begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
Seorang wanita yg mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan,
memelihara kemaluannya serta taat kpd suaminya maka pasti dia akan masuk
syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya. (HR Abu Nuaim

0 komentar:

Posting Komentar